Salam,
Detik ku mengorak langkah kedalam kerjaya idaman ku,
Bagaikan mimpi disiang hari,
Indahnya kabaran kuterima, selepas ditemuduga...
Semangat juang kuterapkan hari demi hari,
Membawa nama baik maruah diri dan keluarga,
Oh kerjaya idaman ku,
Di sebalik tirai berdirinya bangunan yang gah,
Muncul identiti negatif mengecam jiwa,
Mengurung kreativiti yang ku kecapi.
Oh kerjaya idaman ku,
Walaupun dikecam, dihina dan di hempas ombak,
Ku tetap riang dikala teman dan catan dinding,
Ku luahkan isi hati yang penuh coretan kesedihan,
Menitisnya air mata... luruh sudah semangat juang...
Hari demi hari ku tempuhi,
Kesabaran yang ku genggam mula lusuh,
Ceria nya di 8 pagi diganti duka nya di 915 pagi,
Tiada lagi warna pelangi yang menghias ruang kerjaku...
Wahai Teman Wahai Catan,
Perjumpaan kali pertama dan terakhir...
Kan ku semat dan sulam seeratnya di dalam hatiku,
Ucapan Terima Kasih serta doa mengiringi Hendak NYA.
Peluang yang lalu, mendewasakan benih yang muda ini,
Layunya daun diganti pucuk yang baru,
Usah risau Oh Kerjaya Ku,
Tiada sesalan yang akan ku kenang,
Hanya Memori indah kan ku bawa...
Oh kerjaya idaman ku,
Setiap cemuhan yang menghitamkan diari ku,
Bukan penghalang dan bukan noktah,
Apa jua yang di kabarkan...
kan ku lontarkan jauh ke dalam galaksi yang luas.
Semangat juang baru yang ku terokai ini,
Menjadi hikmah dan inspirasi kepada semua,
Peluang dan ruang serta dorongan ayahanda dan bonda
Bagai cahaya purnama menyinari ruang yang gelap,
Kerjaya dahulunya yang gerhana,
Akan ku labuhkan tirai yang usang,
Oh kerjaya idaman,
Muncul nya semangat petalawati,
Kitakan terbang tinggi dilangit nan biru...
Sekian.
MHD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment